Definisi promosi kesihatan
Proses mengesyorkan kesihatan untuk menambah kemungkinan pihak persendirian, swasta dan awam untuk menyokong amalan-amalan kesihatan agar wujud norma-norma sosiali. Proses mempertahankan atau membela kesihatan boleh dilakukan pelbagai modaliti, termasuk tidak terhad hanya melalui pendidikan kesihatan.
Tujuan Promosi Kesihatan
- untuk mewujudkan norma keseluruhan masyarakat dalam masa-masa berikut dan mengurangkan masalah penyakit-penyakit yang spesifik dan menepati tujuan kesihatan.
Promosi Kesihatan Dan Peringkat Masyarakat
- Boleh dilihat dan dikaji dalam hubungan cara hidup sesuatu kumpulan dan faktor-faktor yang mempengaruhi penduduk secara keseluruhan contoh : cara hidup dan pelakuan,kumpulan tertentu di tempat promosi dilakukan dan kesihatan untuk intervensi.
- selain tingkahlaku terdapat faktor lain dalam persekitaran fizikal dan sosial yang berpotensi menjejaskan kesihatan dan masyarakat contohnya : pencemaran udara , sisa toksik, jenayah dan lain-lain.
Strategi Dalam Promosi
- kenalpasti dan nilai kumpulan sasaran.
- pilih pendakatan yang sesuai dan berkesan contoh : ceramah,perbincangan,poster,surat khabar dan promosi kesihatan.
- peka kepada kepeluan dan kegemaran kumpulan sasaran.
- libatkan masyarakat dalam keseluruhan.
Rock it by Nurul Afiza(001443)