SKOP EPIDEMIOLOGI
- PENYAKIT-PENYAKIT BERJANGKIT
Disentri
Campak
Lain-lain
- PENYAKIT BUKAN BERJANGKIT
Penyakit jiwa
Penyakit metabolik(diabetes)
KEPENTINGAN EPIDEMIOLOGI
1.menentukan etiologi atau faktor penyebab penyakit tertentu.
2.mengesan kumpulan atau populasi dalam masyarakat yang mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit tertentu.
3.melihat perubahan akibat sesuatu penyakit atau masalah-masalah kesihatan.
4.merancang keperluan untuk masa kini serta meramalkan keperluan masa akan datang.
5.menilai langkah-langkah pencegahan yang telah dijalankan.
6.menyiasat sesuatu wabak(epidemic)
PREVALEN & INSIDEN
-penyakit dan infeksi kerap berlaku di alam sekitar. kekerapan penyakit atau infeksi dapat diukur melalui perkiraan kadar prevalens dan insidens.
PREVALEN
- Prevalen ialah perkadaran kumpulan yang mempunyai penyakit /infeksi pada sesuatu masa tertentu yang ia diukur secara tinjauan.
FORMULA
Kadar Prevalen = Jumlah kes (lama+baru) x K
populasi berisiko
K ialah kadar pemalar iaitu 1,000
INSIDEN
- Insiden ialah perkadaran kumpulan yang asalnya tidak berpenyakit tetapi kemudiannya mendapat penyakit dalam jangkamasa tertentu.
- Insiden diukur dengan mengenal pasti kumpulan yang rentan.
- Pemeriksaan dijalankan ke atas mereka secara berulang-ulang dalam jangkamasa tertentuuntuk melihat kes baru pada sepanjang tempoh tersebut.
FORMULA
Kadar insiden=Jumlah kes baru x K
populasi berisiko
K ialah pemalar iaitu 1,000
KEGUNAAN PREVALENS DAN INSIDENS
- Meramalkan masa depan penyakit.
- Menentukan kebarangkalian seseorang itu berpenyakit.
- Membandingkan kekerapan penyakit.
Prevalens= Insidens x purata jangka masa penyakit
RIWAYAT PENYAKIT / PATOFISISOLOGI
- Adalah proses dari peringkat awal manusia terdedah pada sesuatu agen,perkembangan penyakit yang dialaminya dan akibatnya.
- Riwayat penyakit berbeza dari sesuatu penyakit dengan penyakit yang lain.
- Terdapat penyakit yang telah diketahui riwayat penyakit dan
- Terdapat penyakit yang tidak diketahui penyakitnya seperti AIDS,Avian Flu dll.
- Sesetengah penyakit mempunyai riwayat penyakit yang pendek seperi selsema,demam,campak atau taun.
- Penyakit seperti kusta,kanser,kencing manis mempunyai riwayat penyakit yang berpanjangan.
PROSES RIWAYAT PENYAKIT
Pra Patogenesis
1.Peringkat Pendedahan
2.Peringkat Pra Klinikal
Patogenesis
1.Peringkat Klinikal
2.Peringkat Akibat
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENYAKIT
- Agen
- Hos/Perumah
- Alam Sekitar
faktor yang berkaitan dengan agen
- Tempoh dan kekerapan pendedahan
- Dos pendedahan
- Keinfektifan(kekuatan infeksi)
- Kepatogenan
- Kevirulenan
- Keimunogenan
faktor yang mempengaruhi pertahanan hos
- Jantina
- Kaum yang tertentu
- Keturunan
- Keadaan fisiologi
- Taraf nutrisi
- Kekerapan pendedahan terhadap infeksi
- Kepenatan fizikal
- Taraf imuniti
- Adat resam/pantang larang
PENYAKIT ENDEMIK & EPIDEMIK
Endemik
- Kehadiran terus-menerus penyakit atau agen jangkitan dalam sesuatu kawasan geografi tertentu atau kezaliman sesuatu penyakit di dalam kawasan sama.
- Kejadian sekumpulan penyakit di dalam kawasan komuniti atau kawasan yang mempunyai sifat yang sama dan ternyata lebih daripada anggaran biasa.
Rock it by : Fify