Kusta adalah sejenis penyakit kronik yang menjangkiti kulit, saraf Periferi dan membran mukus. Mikroorganisma penyebab penyakit ini adalah Mycobacterium Leprae(bacillus). Cara transmisi bagi penyakit ini tidak begitu nyata tetapi berkait rapat dengan perhubungan lama dengan orang yang telah dijangkiti oleh mikrooganisma Mycobacterim Leprae. Bagaimanapun, mikroorganisma dari titisan hidung pesakit kusta yang tidak dirawat masih boleh menjangkiti orang lain dalam masa 7ari selepas dihembus keluar. Kusta ini juga boleh di sebarkan melalui sentuhan secara langsung dari lesi pesakit kusta itu sendiri. Malahan, bagi bayi yang masih di dalam kandungan ibunya boleh berisiko menjangkiti anak di dalam kandungannya melalui plasenta.
Kusta boleh diklasifikasi kepada :- Kusta Pancibacillary
- Kusta multibacillary
Kusta Tuberkuloid- iaitu sejenis kusta yang mempunyai satu atau beberapa lesi yang ketara dan kebas(anestetic)
Kusta Inderterminate- iaitu sejenis kusta peringkat awal dan belum ada peluang untuk berkembang sepenuhnya. Jika tidak dirawat ia boleh menjadi penyakit kusta biasa atau pun boleh sembuh sendiri akibat daripada pertahanan sistem tubuh badan pesakit itu sendiri.
Kusta Multibacillary ini terdiri daripada jenis :
Kusta Borderline- iaitu pesakit kusta boderline mempunyai tahap rintangan yang rendah terhadap infeksi. Kusta jenis ini dicirikan dengan tompok-tompok dan nodul yang berkilat dan kemerahan.
Kusta Lepromatous- iaitu pesakit kusta lepromatous tidak mempunyai rintangan terhadap infeksi. Oleh itu, bakteria boleh membiak secara berleluasa tanpa halangan. Kusta lepromatous ini dicirikan oleh penebalan kulit dan saraf. Malahan, dalam sesetengah kes-kes serius, kulit menjadi kebas yang teruk, lemah otot dan lumpuh membawa kepada rupa yang buruk dan cacat.
Pengawalan untuk Penyakit Kusta
- Pesakit kusta yang sedang menerima rawatan boleh balik ke rumah dan tidak perlu dimasukkan ke hospital.
- Hanya mereka yang mengalami komplikasi sahaja akan dimasukkan ke wad.
- Pesakit yang dimasukkan ke wad di berikan pendidikan kesihatan yang berkesan untuk mengawal sebaran penyakit.
Rock it by : Shazleya (001429)